Wednesday, 27 July 2016

PERALATAN KUASA ( POWER TOOL ) : GERUDI

Fungsi mesin gerudi ialah untuk memegang dan memutarkan mata gerudi untuk menggerudi lubang pada permukaan logam samaada bertujuan pemasangan skru atau asas permulaan pemotongan dibahagian tengah permukaan logam.
Mesin gerudi dan mata gerudi mempunyai pelbagai bentuk dan saiz bergantung pada kegunaanya atau saiz lubang yang dibuat. Diantaranya ialah:
a.     gerudi tangan ( hand drill )
b.    gerudi elektrikal mudah alih ( portable electrical drill )
c.     “Handfeed drill press”
d.    “Back geared upright drill”
e.     “Gang drill”
f.     “Multiple spindle drill”

g.    “Radial drill press”

untuk maklumat lanjut sila >> klik di sini <<

JENIS - JENIS NYALAAN

JENIS – JENIS API NYALAAN OKSI-ASITILIN

Ada tiga jenis api nyalaan yang dihasilkan oleh campuran gas oksi-asitilin.

i)              Nyalaan api pertengahan ( Neutral Flame )

ii)             Nyalaan api pengoksidaan ( Oxidizing Flame )

iii)            Nyalaan api pengkarbonan ( Carburizing Flame )


 NYALAAN API PERTENGAHAN ( NEUTRAL FLAME )

Kadar pencampuran gas oksigen dan gas asitilin sama banyak atau kadar campuran yang seimbang. Ia menghasilkan suhu kepanasan 5600°F. Mempunyai dua kon pada api yang dihasilkan, iaitu inner cone yang bulat dihujungnya dan outer  envelope. Inner Cone berwarna biru  dan Outer envelope pula berwarna biru lembut. Ia digunakan dalam proses pemotongan gas oksi-asitilin.

NYALAAN API PENGOKSIDAAN ( OXIDIZING FLAME )

Kadar pencampuran gas oksigen melebihi dari gas asitilin. Ia menghasilkan suhu kepanasan 6000°F. Mempunyai dua kon pada api yang dihasilkan, iaitu inner cone yang tajam dihujungnya dan outer  envelope serta mengeluarkan bunyi yang nyaring. Inner Cone yang berwarna biru bertukar kepada warna biru lembut. Ia sesuai digunakan dalam proses pemotongan gas oksi-asitilin didalam air.

NYALAAN API PENGKARBONAN ( CARBURIZING FLAME )

Kadar campuran gas asitilin lebih banyak dari gas oksigen. Ia menghasilkan suhu kepanasan 5400°F. Mempunyai tiga kon pada api yang dihasilkan, iaitu inner cone, center feather dan outer  envelope. Inner Cone berwarna biru cerah dan Outer envelope pula berwarna biru lembut mana kala Centre feather pula ia berwarna greenish. Ia  sesuai digunakan dalam proses pemotongan gas oksi-asitilin untuk cast iron.

Tuesday, 26 July 2016

KESELAMATAN DALAM BENGKEL

TUJUAN:


                       Kertas penerangan ini adalah bertujuan untuk menerangkan mengenai langkah keselamatan dalam Bengkel supaya dapat membentuk tabiat kerja  yang sempurna serta mengikut etika kerja yang betul.

                                  



                      Untuk maklumat lanjut sila >> klik di sini <<

KEMALANGAN DAN PERTOLONGAN CEMAS

MAKSUD/ PENGENALAN

Kemalangan akan berlaku dimana sahaja dan tidak memilih mangsa tertentu sahaja. Sebagai seorang pekerja yang akan menghadapi bahaya kemalangan. Dari itu kita harus menitik beratkan tentang keselamatan diri kita dan juga orang lain.
Bahaya yang mungkin berlaku bolehlah dibahagi kepada beberapa faktor seperti :-

·         Disebabkan kecuaian dari segi teknik.
·         Dari segi fizikal.
·         Dari segi biological.
·         Dari segi piskososial dan egornomica.
·         Dari segi bahan kimia.



Seseorang pekerja akan terdedah kepada bahaya kemalangan yang tidak disedari bila berlakunya sewaktu bekerja. Oleh itu peraturan keselamatan di tempat kerja dan peraturan am di tempat kerja “WAJIB” diketahui dan diikuti oleh seseorang pekerja. Dengan ini sahaja kemalangan dapat dielakkan.

untuk lebih lanjut sila >> klik di sini <<

ALAT PENGUKURAN (ANGKUP VERNIER)

1.0        PENGENALAN
Dalam bidang kejuruteraan aspek pengukuran sangat dititikberatkan bagi memastikan setiap ukuran yang diambil adalah tepat. Tahukah anda bahawa setiap penandaan yang dilakukan memerlukan alat-alat pengukuran dan pengujian, dimana tanpa alat-alat ini kerja yang dilakukan mungkin kurang berkualiti dan tidak menepati spesifikasi atau piawai yang dikehendaki. Oleh yang demikian, dalam unit ini anda akan dapat mengenali alat-alat pengukuran dan memahami kepentingan alat pengukuran dalam bengkel mekanikal.
Antara alat pengukuran yang biasa digunakan adalah seperti berikut :-
                      I.        Pembaris
                    II.        Pembaris keluli
                   III.        Micrometer
                  IV.        Angkup vernier
                    V.        Sesiku bergabung
                  VI.        Jangka tolok


Salah satu alatan pengukuran yang paling jitu dan tepat adalah Angkup vernier. Dimana, Angkup vernier seringkali digunakan sebagai alat pengukuran dalam bengkel  terdiri daripada pelbagai jenis yang mana masing-masing direkabentuk untuk kesesuaian kegunaannya.

untuk lebih lanjut >>klik di sini<<