PUNCA KEMALANGAN
Terdapat dua ( 2 ) punca utama kemungkinan berlakunya kemalangan iaitu :-
i) Kemalangan berpunca dari kecuaian manusia
Sifat cuai ketika bekerja boleh menyebabkan kemalangan mudah berlaku.
Diantara sifat cuai :-
a)
Sifat tidak
bertanggungjawab
b)
Menyalahgunakan
peralatan untuk tujuan lain seperti untuk bergurau
c)
Tidak mematuhi tanda
amaran ditempat kerja seperti dilarang merokok
ii) Kemalangan
berpunca dari keadaan peralatan dan mesin serta suasana kerja
Selain dari sifat cuai manusia, kemalangan boleh berlaku akibat dari
keadaan mesin, peralatan dan juga suasana kerja. Diantaranya :-
a)
Logam yang keras dan
tajam boleh mencederakan
b)
Serpihan logam yang
panas boleh menyebabkan kebakaran atau melecurkan anggota badan
c)
Logam yang terlalu berat
dan saiz yang besar.
d)
Bahagian mesin yang
bergerak boleh menyebabkan kehilangan pancaindera
e)
Lantai yang licin akibat
tumpahan minyak
f)
Bahan kimia yang berasid
Antara perkara asas yang perlu dititikberatkan oleh pekerja untuk
mengelakan dari berlakunya kemalangan adalah seperti,
i. Mengutamakan kebersihan setiap waktu
ii. Mempunyai sikap bertanggungjawab terhad
iii. Bertimbang rasa terhadap kebajikan kawan-kawan sekerja
iv. Menghargai dan berpuashati dengan hasil kerja
v. Tidak gopoh semasa melakukan kerja
vi. Sentiasa mematuhi peraturan-peraturan di bengkel
Peti Pertolongan
Kecemasan
Setiap bengkel mestilah dilengkapkan dengan peti pertolongan cemas dan peti
tersebut haruslah diletak
di tempat yang sesuai dan mudah diperolehi apabila diperlukan.
Senarai ubatan
dan alatan serta cara menggunakannya.
UBATAN DAN ALATAN
|
KEGUNAAN DAN RAWATAN
|
Solvan
|
Untuk merawat luka dan kudis
|
Gentian biru(blue lotion)
|
Untuk merawat luka dan kudis
|
Ubat cium (smelling salt)
|
Untuk menyedarkan mangsa yang pengsan
|
Larutan iodin
|
Untuk merawat luka
|
Kapas
|
Untuk menyapu luka, menyapu ubat pada luka dan sebagai penutup luka
|
Dressing strip E plast
|
Untuk menutup luka
|
Kain pembalut
|
Untuk membalut luka dan anggota terseliuh
|
Krim antilecur
|
Untuk merawat kulit yang terbakar dan melecur
|
Pil penahan sakit
|
Untuk meredakan sakit dan pening kepala
|
Cecair optrex
|
Untuk mencuci mata
|
No comments:
Post a Comment