1

DEFINASI ANGKUP VERNIER

Angkup vernier adalah satu alat pengukuran atau sukatan yang terpenting dan berguna bagi menyukat garis pusat luar dan dalam pada suatu bendakerja serta menyemak kedalaman sesuatu lubang. Angkup vernier dilengkakapi dengan garisan senggatan/ graduasi ketepatan 0.02mm atau 0.001inci dengan pengertian pada skala vernier (vernier scale) pada bendul kepingan vernier iaitu :-
a.    Skala utama inci (main scale inches)
b.    Skala vernier ( main scale mm)

Perbezaan di antara skala utama dan skala vernier merupakan bacaan yang paling kecil yang boleh dibuat.


GAMBAR ANGKUP VERNIER

gambar menunjukkan bahagian- bahagian angkup vernier

            i.        Badan
Ø  Berbentuk seperti sebilah pembaris keluli
Ø  Mempunyai senggatan dalam unit metric atau inci
Ø  Senggatan ini dinamakan skala utama
Ø  Panjang badan ini menetukan saiz angkup vernier

           ii.        Plat vernier
Ø  Mempunyai skala vernier dan boleh digerak-gerakkan sepanjang di sepanjang badan.

          iii.        Rahang
Ø  Jenis rahang
·         Rahang tetap : Sebahagian daripada badan yang bengkok,
·         Rahang gelangsar : merupakan sebahagian daripada plat vernier boleh bergerak bersama-samanya iaitu selari dengan rahang tetap. Permukaan diantara kedua-dua rahang ini merupakan muka ukuran bagi angkup vernier. Apabila muka ukuran ini bersentuh, bacaannya adalah sifar dan angka sifar pada skala vernier sejajar dengan angka sifar pada skala tetap.
          iv.        Rusuk
Ø  Berbentuk runcing. Ia terletak disebelah atas. Binaanya hampir sama dengan rahang tetapi digunakan untuk mengukur ukuran sebelah dalam.

           v.        Skru pengunci
Ø  Digunakan untuk mengunci plat vernier supaya kedudukan ukuran tidak berganjak semasa angkup vernier dikeluarkan dari bendakerja. Ini dapat mengurangkan kesilapan semasa mengukur.

          vi.        Penganjak halus
Ø  Ada juga angkup vernier yang dielngkapi dengan pengajak halus. Pengapit halus ini hendaklah diketatkan terlebih dahulu supaya nat pengajak halus boleh mengawal pelarasan plat vernier.

         vii.        Bilah pengukur dalam
Ø  Ini merupakan satu bilah yang kecil, boleh digerakkan keluar atau masuk dalam lurah di bahagian belakang badan apabila rahang dibuka. 

FUNGSI  DAN KEGUNAAN ANGKUP VERNIER

Alat pengukuran ini sering juga digunakan di industri bagi tujuan pnegukuran. Angkup vernier berfungsi untuk :-
              I.        mengambil ukuran diameter luar
            II.        mengambil ukuran diameter dalam
           III.        mengambil ukuran kedalaman
     IV.     mengambil ukuran ketinggian pada sesuatu benda kerja






PRINSIP SKALA VERNIER


Skala vernier digunakan untuk membolehkan kita membaca tanpa teragak-agak sekiranya ukuran itu terletak diantara dua tanda senggatan pada satu-satu skala. Oleh itu, angkup vernier mestilah:-

1.    Mempunyai dua skala iaitu skala utama dan skala vernier.
2.    Senggatan pada skala utama dibuat lebih besar daripada skala vernier.
3.    Perbezaan antara skala utama dengan skala vernier merupakan bacaan yang paling kecil yang boleh dibuat.
4.    Skala utama disengatkan kepada 10 bahagian. Tiap-tiap bahagian bersamaan dengan 1 mm.
5.    Skala vernier yang panjangnya 9 mm disenggatkan kepada 10 bahgian yang sama.
Garisan ke 10 skala vernier sejajar betul-betul dengan garisan ke 9 skala utama.

Maka:-
10 bahagian pada skala vernier          =           9   mm          (skala utama)
                                                                        ---
                                                                        10

1 bahagian pada skala vernier             =          9   mm     X      1         =      9   mm
                                                                        ---                     ---              -----
                                                                        10                     10               100

1 bahagian pada skala utama                 =      1         =           10    mm
                                                                        ---                     ----
                                                      10                     100

Perbesaan panjang antara skala utama dengan skala vernier ialah:-

                                                10         9          1
                                               -----  -   ----        -----        =     0.01 mm
                                                100      100       100
Oleh itu, 1 senggatan skala vernier bersama dengan 0.01  mm (Lihat rajah dibawah)


6.    Jika angkup Vernier disetkan pada 0.01, maka senggatanpertama pada kedua-dua skala utama dan skala vernier  akan sejajar (lihat rajah dibawah)

7.    Jika angkup vernier disetkan pada 0.02, maka  senggatan ke 2 pada skala utama dan skala vernier pula yang akan sejajar (lihat rajah dibawah). Begitulah seterusnya jika angkup vernier disetkan menggunakan ukuran yang lain


8.    Lazimnya angkup vernier yang digunakan dalam bengkel hanya mempunyai tentukuran 0.05 mm dan 0.02 mm sahaja. Ini adalah kerana untuk membahagi 9 mm kepada 10 bahagian yang sama tentulah garisan-garisan senggatan itu terlalu rapat dan seterusnya sukar untuk dilihat. Dengan itu sukar untuk membuat tentukuran 0.01 mm.

No comments:

Post a Comment